Wednesday, September 17, 2014

Pernah ?


Assalamualaikum.


Pernah tak ?
Kau maafkan sesorang tu, dan kau berharap yang orang tu takkan ulang kesilapan yang same balik, tapi orang tu tetap buat hal yang same. Mesti kau sakit hati sangat kan? Sama la macam aku. Orang tu buat, lepastu mintak maaf. Then, buat lagi, best jugak kan game " buat dan maaf " ni. Tapi, ni lah dunia kan, ni lah kehidupan? Takkan selalu berada kat atas, kekadang kita kena jugak duduk bawah. Sekurang-kurangnya kita belajar. Ye dak ? 


Pernah tak ?
Orang yang kau tak kenal, bahkan tak pernah cakap pun membenci kau dalam diam ? Aku pernah. Main cakap-cakap belakang, sindir-sindir. Sampai satu tahap, aku dah terbiasa dah. Jadi, aku biarkan je lah. Senang citer macam ni lah, cuba imagine "seorang pelawak sedang buat lawak, tapi orang tak ketawa ?? " . Agaknye, apa yang dia rasa ? Mesti dia rasa bodoh kan ? . Jadi, sebab tu la aku biarkan je orang nak sindir aku ke, nak kutuk, nak judge macam-macam. Terserah la. Yang penting aku still boleh bernafas dikelilingi orang yang aku sayang.


Pernah tak ?
Orang sengaja buat kau marah-marah, buat kau merajuk tahap ultraman taro tengah nak marah sebab raksasa pukul dia kat dahi ? Haha. Aku pernah, dia buat aku marah-marah, cari silap aku sampai gaduh, tak sampai lagi tahap nak bertumbuk sebab aku tengah menjalani proses membina muscle, nanti baru ada fight ! Haha. Tapi sebenarnye dia nak buat suprise, jadi kena buat macam tu la. Hahaha . Sweet kan orang tu? ( MF ). Haha



Okay dah habis idea. Penulisan yang tak berapa nak bagus, dah lama tak update jadi kabur sikit la. Hahaha.Semua ayat yang "pernah tak" ni aku lalui atas dunia ni, banyak yang aku belajar. Tapi aku bukan yang jenis suka simpan dendam ke, benci-benci, marah-marah. Kalau aku maafkan tu, bermakna aku maafkan la "kosong-kosong". Kalau yang negatif tu, cuba kita scan-scan sikit, cari-cari sikit, mesti ada terselit yang positif .Setakat ni je la aku mampu taip. 



Footnote : Tadi kan aku pergi timbang body weight, BMI 23.1, tak normal tapi sebaliknya. Hahaha Ehh jap, esok aku dah start cuti study week. Haha. Saje nak bagitahu. Kbaii dearies !




Wednesday, July 16, 2014

TFIOS


Assalamualaikum.

Haii. Salam Ramadhan. Dah nak raya dah kan. Sekejap je masa berlalu. Sorry tau, just entri macam ni jer yang mampu update. Eh jap, sapa yang dah tengok citer ni '' The Fault In Our Stars ''. Best giler kut. Ahhhh canttt waittt. Baru jer nak beli buku ni, thupp-thupp citer dia dah keluar. Siap upload gambar buku ni dekat instagram lagi tau. Nampak sangat tengah kempunan nak baca.Hiks :D



Book



Movie.


 All of the stars by Ed Sheeran ( The Fault in Our Stars )
*tajuk lagu blog ni, bestt gila*

Ok babai. Sambung nanti. Stay tuned.... 

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday a.k.a Rabu .



Assalamualaikum gaisss, pe-ka-bo ? Jarang bebenor den hupdate sekarang ni yor? Busy memanjang-jangg gituuu. Al-maklum maklumat lah den sibuk bekerja, buat itu ini. Makin panjang pulak ayat merapu ala-ala bombastik aku tu --''. Akhir sekali. Aku nak bedroom macam kat bawah. Pinkkk gituuu. Boleh buat aku separuh gila, eh bukan separuh tapi sepenuhnya gila. Hahaha.. Nakkkkk! 



Dream house tak mampu. Nahhh ambik kau dream bedroom. Haha :D



Nota kaki : Esok last day aku kerja. Haiiishhh nampaknya dah tak boleh bermadu kasih dengan rakan seperjuangan aku tu, Adda. Nanti kalau aku takder, jangan cakap seseorang pulak. Nanti karang apa pulak yang orang cakap. Hahaha. :D



Seksi. Eh silap. Nak taip sekian jadi seksi. Sekian kesekian kali. *gila* Hahaha . Kbye :)



Friday, May 16, 2014

Peace ?




Assalamualaikumm and Happy Friday!. Eh, selamat hari guru semua kepada yang bergelar guru kat luar sana tu. Jasa mu akan ku kenang . Terima kasih cikgu! Hee.


Sejak kebelakangan kebelakangan belakangan ni (ayat bombastik gituuu) hahaha. Aku rasa, aku ni dah lain gilohh, tak macam aku yang sebelum ni. Kekadang, aku sendiri pun tak faham apa yang diri aku ni nak dan tu yang paling menyedihkan aku, menyeksa jiwa aku. Apa yang pasti,aku rasa nakkkk sangat ketenangan. Yup, seriusly aku rasa macam aku nak pergi satu tempat yang tenang yang boleh menenangkan aku. Nak bersendirian dan takder orang kenal aku. Kekadang aku tengok gambar pom boleh buat aku tenang.Meroyan pulak aku ni. Haha. I want peaceful vacay!














Picture : Tumblr and Weheartit.

Tak semua orang yang jenis suka tunjukkan masalah dia kan, kekadang mereka lebih suka sorokkan. Macam aku. Tapi normal lah kan, orang kata '' langit tak selalu nye cerah, hidup tak selalunye bahagia'' kan?Ada masa kita suka dan ada masa kita berduka.Lumrah dunia. Terima lah dengan lapang dada. :)


Note : Sorry yer kalau entry yang aku post ni banyak merapu,aku dah tak tahu nak post apa.Mood turun naik. Nanti-nanti lah aku berblogwalking. Maaf yer :'(Tak sabar nak tunggu esok. Nakk cuti. Nak release tension. Money please come to me. kaching3 $$$$ . 


Sekian. Hakuna matata :')


Sunday, May 11, 2014

Liebster Award


Assalamualaikum. And Happy Mother Days gaiss. Dan wish ke kat ibu masing-masing? hiks .By the way, terima kepada si comel YaaEikingg dan Kak Aimi  kerana sudi tag diri ini. Sorry lambat update sebab dayah sibuk dengan kerja. Eh kalau pakej ke Pulau Perhentian pm dayah tau *sempat lagi* Hahaha. Let start!


Yaya's Question.

1.Who was your hottest boyfriend?Why?
A: My only one, Mohd Firdaus. Sebab dia boleh terima baik buruk saya, mendahului kehendak saya dan yang penting dia sayangkan saya . Doakn dayah kekal tau yaa? :)

2. Describe your first date? What did you do,where did you go? Did you love him?
Penuh dengan gelak tawa. Entah, sebab kitorg buat itu ini semua bersama, macam-macam tempat kami pergi. Hee 


3.Who do you talk to more when in a problem, your mother or father?
A: Opkos my mum :)

4.If you could go on a dream holiday, where would it be?
A: Kota cinta, Paris. HAHA

5.What is your biggest dream in life?
A: Travel all around the world. Nakk sangat .

6.How old were you when you had your first crush?
A: Maybe when I'm twelve .

7.Did you ever have a crush on your best friend’s boyfriends?
A: Never.

8.Has a guy ever asked you to marry him?
A: Yessss, hahaha. Banyak kali. Haha


9.If you wrote a journal entry about your last date,what would it say?
Nak dia tahu yang saya sayang dia, nak dia jaga diri elok-elok bila saya tak der, dan maaf tak terkata sebab saya dah tak mampu nak protect kau lagi. Lastly, jangan rindu saya :')

10.What is currently your favourite song? 
A: All of me cover by Madilyn Bailey . Let her go by Passenger ,and  Mirror by Justin Timberlake, tapi saya lebih suka yang cover by Boyce Avenue cover .
11.Describe me and so my blog.
 A: Cantik, baik dan bertimbang rasa . Blog awak comel, loading cepat ,pink colour gituu. Ada info menarik :)



Kak Aimi's Question .


1.Nama manja ?
A: Dayah, kalau family panggil Eda, kalau anak-anak sedara panggil Yaya :)
2.Favourite genre of book and contoh buku.
A: Comedy and love. Yang genre love saya suka A walk to Remember by Nicholas Sparks.
3. Mana best ? zaman bebudak? zaman sekolah? zaman uni or zaman kerja?
A: Chilhood is the best moment ever, tak der fake friend, dan tak perlu nak fikir macam-macam seperti sekarang ni. hehe
4. What are your interests and passion?
A: I love art, photography and fashion :)
5.Vanilla or chocolate? Coffee or tea? Novel or poetry? Online or tv?
A: Haruslah vanilla. favourite tu, lebih suka tea, novel and online. Haha :D
6.Moment terindah dalam hidup?
Banyak sangat. Kena prank birthday 3 tahun berturut- turut. Dan yang paling terindah bila kita sedar yang kita sangat penting dan ramai yang sayangkan kita :)
7. Your favourite quote ?
A: Every dream begin with one small step ( tengok kat header blog kita). Haha
8.Application yang paling kerap yang korang gunakan dekat smartphone/tablet/laptop?
A: Photoshop cs6, photoscape and photogrid. Haha
9.Apa benda yang korang cherish daripada kecik sampai lah ke besar ?
A:Bantal kecik segi empat ada gambar pokemon. Hahaha
10. What do you think of my blog?
A: Blog nya comell bangettt, loading pun laju, banyak entry yang menarik. And yang saya tahu, tuan blog ni suka sangat puisi. Selalu jer rt poem kat twitter. Betul tak kak Aimi kita?? Haha





Eikingg's Question .

1. How long you have been blogging?
A: 1 years. Maybe . hehe
2. In your purse rn , how much money that you got?
A: RM105.00 only. Berjimat-cermat. Haha
3. Your crush name started with what alphabet?
A: My crush is  my lover. Started with alphabet ''F'':D
4. List 2 songs that you doesn't know what the song means by.
A:Entah.. tak der kutt sebab saya dengar lagu yang saya suka jer la :)
5. Doraemon or Shin Chan?
A: Both saya suka. Hahaha. masa sekolah orang panggil saya "dayah doraemon'' .Haha
6. Your dream house?
A: ''Kalau aku kaya bak kata Awi Rafael".Haha.Nak rumah yang sederhana besar, kat atas bukit and kat halaman rumah nak ada taman bunga. Penuh dengan kehijauan. Love nature .Hee :D
7. Being a teacher or a police officer?
Teacher la.. hihi
8. Name of your favourite singer / band ?
Taylor Swift, Madilyn Bailey, Jasmine Thompson,Katy Perry.Christina Perri. Band? One direction. Zayn comel .Hahaha*tetiba*
9. What is your talent but it's weird in people eyes?
A:Entah, apa yer agaknye.. menyanyi kut, sebab saya ni kekadang terrrrr-menyanyi dengan cara tak tersengaja dan masa tu orang tengok saya pelik, mungkin suara saya sedap sangat kutt. Hahaha
10. How was your feeling when you have to answer all of these questions?
Suka, sebab saya suka jugak segmen soal jawab ni.. Hehe. Tanya lar banyak lagi. Hahaha



 My Question to you.
1. Describe yourself.
2 . Beri satu tajuk lagu yang beri makna mendalam pada diri korang?
3. Youtube singer yang paling korang suka?
4. Dream car?
5. Vans or converse?
6. Instagram or Twitter korang? Nak follow ni.
7. Pernah ada secret admirer?
8. Pink or blue?
9.Hadiah berharga yang pernah korang dapat?
10. What do you think of my blog and me? *soalan mintak kayu 2/4* Haha


I want tag :
Mazni
Zyra 
Alia 
 

Fuhhh. Akhirnya selesai jugak. Penat menaip. Hahaha. Maaf kalau jawapan sedikit merapu. Thanks never enough pada yg sudi tag dayah tu. Love u. Haha . K, Sekian


Thursday, May 8, 2014

Lets try Tougue Twister.




Assalamualaikum and happy Thursday gaiss. Hari ni aku nak share satu benda ni. Pernah senam lidah tak?Best kut senam lidah. Hahaha. Lets try this! 



First
How much wood would a woodchuck chuck If a woodchuck could chuck wood?He would chuck, he would, as much as he could,And chuck as much wood as a woodchuck wouldIf a woodchuck could chuck wood.



Second
I need not your needles, they're needless to me;For kneading of noodles, 'twere needless, you see;But did my neat knickers but need to be kneed,I then should have need of your needles indeed.


Third
Peter Piper picked a peck of pickled peppers.Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?



Forth
Silly Sally swiftly shooed seven silly sheep.The seven silly sheep Silly Sally shooedShilly-shallied south.These sheep shouldn't sleep in a shack;Sheep should sleep in a shed.


Fifth
Through three cheese trees,three free fleas flew.While these fleas flew,freezy breeze blew.Freeze breeze made,these three trees freeze.Freeze trees made,these trees' cheese freeze.That's what made thesethree freeze fleas sneeze.


Best kan senam lidah? Function gituuu. Hahaha.Jujurlah, boleh tahan lah lidah aku berbelit. Hahaha. Korang macam mana? That's all for today. Sekian dari aku. Hik :)



Tuesday, May 6, 2014

Jom ke Pulau Perhentian ?


Assalamualaikum..




Hye gaisss and happy Tuesday ! Wowowo. Hari ni aku nak promote benda kat atas ni. Pakej untuk ke Pulau Perhentian. Eh, siapa yang tak pernah pergi menikmati percutian kat pulau ni memang rugi beb.Cantik! And you know what? Jeti untuk ke pulau ni sangat lah dekat dengan rumah aku, tersangat lah dekat. Hihi. So apa tunggu lagi. 


Pakej yg disediakan seperti dibawah ;)


 Let go holiday in Perhentian Island for only RM380 per pax for full package include :-
  • Penginapan untuk 3 hari 2 malam
  • 2 ways boat transfer, pergi dan balik.
  • 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, 1 BBQ dinner.
  • Snorkeling trip.


You can email me at :- sitinurhidayah1312@gmail.com



Vas happening? Take a look yer. Cekidaut !



View Pulau Perhentian :)



snorkeling. This is cool!


Wohoho. boleh main-main dengan turtle.



Sunset :)


#Antara gambar hidupan yg kita boleh tengok masa snorkeling :)






Picture : Me



Teringin tak nak nikmati sediri? Kalau teringin. Pm me or email me at :-


Email : sitinurhidayah1312@gmail.com

Twitter : https://twitter.com/Dayah_MF


Sekian :)

Saturday, April 19, 2014

April is full of Love


Assalamualaikum...



Hye gaisss ! First of all " Happy Birthday to me " . Already 19 doe, tahun ni adalah tahun yang last untuk aku menikmati umur belasan ni. You know what, April is my favourite month. Sebab April ni adalah bulan lahirnya aku pada 17 April 1995 di atas dunia yang penuh dengan warna-warni ni. Dan bulan April ni jugak lah birthday mama aku pada 14 April , and abah aku pada 13 April. Nampak tak kebijaksanaan parent aku? Hahaha.


Birthday tahun ni memang best, best sangat. Aku tak dapat nak nafikan yang tu. Aku kena " birthday prank " dgn Mr.D aku dan kengkawan yg seangkatan denganya. Jalan citer nya sungguh lah sweet. Haha. Jadi tengok gambarr jer lah. Cekidaut !


Macam hantu tepung. Kesian aku kan? haha



Hantu tepung nak balas dendam, pegang selipar.Hahaha



Sempat lagi kami berselfie dgn muka yang "umphhh"
tepung kat mata,kening, esen kek kat dahi. Haha


Birthday girl . April girl. 


Thanks never enough to him. Sanggup buat suprise, beli kek,belikan hadiah dan dan semualah. Terima kasih jugak kerana sentiasa berusaha untuk penuhi kemahuan saya .Dah 3 kali birthday aku bersama dia, dia sentiasa jadi orang pertama yang wish birthday aku. Sentiasa buat aku tersenyum.Marah-marah tu biasalah,kadang-kadang aku biarkan jer, dia ni cepat sejuk. Sayangnya aku pada awang ni. Haishhhh . I love you gemokkk ! :')



Super duperr sporting and lovely mum in the world!
My mum :)


Dan satu lagi, semalam kami adik-beradik buat suprise kat mama aku, belikan kek, kami belikan hadiah benda kegemaran dia, tapi abah aku takder, sibuk dgn kerja dia. Paling aku sedih, mama aku menangis masa suapkan kek kat aku. Aku tak mampu nak tengok mama aku nangis. Demi Allah aku tak kuat nak tengok, laju airmata aku mengalir tengok mama.Mungkin dia terharu sangat kan. Kami sayangkan ma sangat, tak der apa pun kat atas dunia ni boleh lupuskan hal tu. Gantikan dengan apa pun, memang takkan mampu. I love u mum! :')


Pink note : Terima kasih ma,daus,adik, kakak, abang, kawan utk gift and kek .Terima kasih Dexyah Alias yang sanggup buatkan cupcake yang sedap utk aku.Terima kasih jugak, kepada  kengkawan, classmate dan mereka-mereka yang sudi wish birthday  aku tu, tak kisah lah kat mana-mana pun. Tapi terima kasih sangat. Ingatkan dah tak der orang ingat. Hahaha. Ramai yang text aku wish birthday, ayat sweet-sweet pulak tu. Senyum sampa ike telinga denn. :)


Sekian. Gebye ! xoxo <3


Friday, April 11, 2014

Pour Milk Properly



Assalamualaikum..


Salam Jumaat eblibadi. Okay, selama 19 tahun aku hidup. Sorry, 18 lagi okay. Hahaha. Tak kisah lah, tapi selama aku hidup kat atas muka bumi Allah ni, ni baru aku tahu macam mana nak tuang susu dengan betul. Omaigaddd, betapa jakun nye, betapa tak up-to-date nye, betapa ketinggalan zamannye  dan semua betapa lah aku ni.



Source : Twitter



Boleh tengok gambar kat atas :3
Sekian and Pray for MH370 :)



Friday, April 4, 2014

Keep Strong .







Forget the darkness
Forget the pain
Forget the sadness
When it starts to rain

Forget the broken promises
Forget the past
It is time to bring
some happiness
and make it last

So wipe your tears
and face your fears

These tough days
will not last longer
Because darling,
you are so much stronger :)

___ p.m 


Wednesday, January 1, 2014

My Past 2013

Assalamualaikum and Hello 2014..


Today is Wednesday. I'm alive. I'm breathing. I'm living. I'm blessed. Allahamdulillah syukur dengan nikmat yang telah dikurniakan. Tak sangka kan dah masuk 2014 daa. Pejam celik,pejam celik dah setahun masa berlalu, dan apa yang kita pasti, masa yang berlalu tu takkan boleh diundur lagi kan. What is past is past right? Selama 365 hari, banyak yang telah aku lalui , suka duka, jatuh bangun, kalah menang. Tapi kekadang benda macam tu boleh mengajar kita untuk jadi manusia yang lebih tabah. Soo kita kena belajar dari kesilapan yang lepas tu, apa yang baik kita kekalkan dan apa yang tak baik tu mohon kita jauhkan lar.


Okay memandangkan cuti mid sem yang tinggal 2 hari jer lagi, lusa dah nak terbang ke Dungun, tetiba rasa rajin pulak aku nak menaip. Entry hari ni aku nak kongsi gambar-gambar sedikit sebanyak apa yang aku buat, apa yang aku lalui dan apa yang aku dapat tahun lepas. Okay, pada June 2013, I'm a Segian,aku sambung study kat Segi Collage Kuala Lumpur. Hmmm tapi sebulan jer lepastu aku quit, haha. And November 2013 , I'm a Uitmians Terengganu, kampus Dungun. Apa yang untung nye belajar kat situ, depan kampus Dungun ni ada pantai yang cantikkk, seriously. Layan gambar jom. Cekidaut !


Roomate. Me? Yang kat tengah tu. Haha


Part about friend ni lar yang paling best, aku seuniversiti, sekolej dan sebilik dgn budak dua orang kat atas tu, diorg ni sekampung, sekelas and sekepala dengan aku sejak dari sekolah lagi.. Wuhuuuu. Tapi group lain-lain,Haha. Bila kami dah cukup tiga, Haaa tu macam yang kat atas tu lar jadi nye. :p


Classmate and also my new friends.. Yang tengah tu
class rep kitaorg :)




You shoot me down, but i won't fall. I'm titanium.
 Haha. Aku and Nurul


Haa yang ni aku nak citer tentang budak Nurul ni, Nurul ni classmate aku,Nurul ni blogger jugak tau.Perkenalan kitorang memang tersangatlah sweet lagi romantik, penuh dengan kebetulan. Tak gitu Nurul oii?*mohon jangan muntah yer*. Si manis Nurul ni kawan yang paling aku rapat dalam klass tu. Dia baik tau, temankan aku pergi klinik, ajar aku mathematics. Thank a lot Nurul. Ohh lupa, jom kita serang budak  Nurul ni >SINI<  :)


Classmate aku jugak. #Farah :)


Fourth Harmony. # Friend :p


See. Tu aku lar. Tertidur kat surau sebab letih sangat. Hahaha.
Ni kerja roomate aku lar ni yang snap cenggini --"


My only one. Mohd Firdaus :)


 Kalau cakap hal cintan-cintun ni. Kami masih bersama. Since 2012 sampai lar 2014 ni.Kami berdua ni satu universiti. Tehehe. Alhamdulillah, even banyak dugaan yang kami lalui, kami tetap bersama. Gaduh-gaduh tu perkara biasa lar kan, couple kalau bahagian memanjang pun tak best jugak. Kena ada gaduh-gaduh baru adventure kan? Hahaha. Kalau gaduh naik kaki, tangan sampai ke muka koo tu. Tu cinta name.. Tu kena pergi report kat balai. Haha. Btw, doakan kami kekal tau. 6tahun lagi insyallah kalau jodoh, maka kami naik lar ke jinjang pelamin tu . Hahaha *gatal* :p


Him :)


She. Ehh me lar.Ohh same :p Haha

Cukup setakat tu jer lar. Takut ada yang berbulu mata tengok gambar asyik ada muka aku jer. Haha. Sempena tahun baru ni, dengan azam yang baru. Aku nak bagitau " Happy New Year uolls". Satu lagi, sebelum tu aku nak mintak maaf sebab tak sempat nak berblogwalking dan follow-memollow ni. Mohon mengerti lar yer yang lappy ku rosakk. Yang aku online ni pun guna lappy Mr.D aku yang baru berusia 1 minggu mungkin, kitorg beli sesama tau. Haha. Tak der secalit calar lagi pun..Aii sungguh aku jealous. Haha.:p


Goodbye 2013, Thank for the lessons,happiness,heart broken, sucess failure. The only thing i'll miss is memories. And i wish to be a better person. A better muslims, daughter,girlfriend, sister and friend.Put your hands in the air and lets make it new 2014! i hope i hope i hope :')


Me *penutup* Hahahaha :p


That's all. Have a nice days. Thank guy! Sekian :)