Tuesday, April 28, 2015

Chicken Pox




Assalamualaikum..

Nak jadikan cerita, bulan lepas sebelum final exam, aku terkena chickenpox. Doktor bagi mc seminggu terus aku balik berubat kat rumah, maka terpaksalah aku tunda test yang berderet tu, hmmm tua-tua baru nak kena hishhhh. Seriously, memang terseksa giler sebab nak makan yang sedap-sedap sikit tu tak boleh, kena betul-betul berpantang. Yang best nye chickenpox ni buat aku slim sikit, tak yah nak diet or makan pil kurus ke ape ke. Hehehe 

Yang paling leceh nye chickenpox ni dia tinggal parut yang hitam legam, ada jugak yang  berlubang seperti kawah bulan,so tangan tu jangan gatal sangat nak picit tau kalau tak nak ciken-ciken tu mengamuk. Orang tua-tua cakap chickenpox dia akan kena kalau kita tak pernah kena mase kecik-kecik dulu, mean setiap orang tu akan kena sekali seumur hidup, tapi ada jer yang naik dua kali. Sebab? sebab ciken-ciken tu tak keluar habis. Lebih baik kena mase kecik sebab kulit muda kan, so parut mudah hilang. Bila dah besar jadi susah lah sikit.

Tapi, nasib baik lar naik tak banyak sangat kat muka, kalau tak memang ber-polka dot la muka i . Hahaha.  Tapi ade jer parut kat muka aku ni dua tiga bijik tapi bukan yang berkawah lah, yang paling menonjol nye kat hidung. Alhamdulillah dah makin pudar dah sebab tak picit dan jaga pemakanan. Aku ada beberapa tips nak share mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. Inn Shaa Allah :)

Do's and Don'ts

1. Jangan makan makanan yang berminyak.

2. Jangan makan ayam,telur dan seafood.

3. Banyakkan makan sayur-sayuran

4. Makan makanan yang dibakar, direbus atau dikukus. Eg: sup sayur, ikan bakar, roti dan sebagainya.

5. Untuk mengelakkan berparut, jangan picit, garu atau kopek si ciken tu.

6. Guna bio oils pada parut yang tertinggal tu. Inn Shaa Allah hilang .

7. Jangan bagi kena hujan kalau tak nak parut tu jadi kekal dan hitam. 

8. Selalu sapu krim yang doktor syorkan bagi mempercepatkan lagi chickenpox tu tertanggal.



Hope membantu lah even tak banyak. Hehehe. Chickenpox ni paling lama dia naik pun seminggu lebih camtu lah. Masa tu kena pantang betul-betul kalau sayang kat muka. Eh satu lagi, pastikan parut tu betul-betul kering dan tertanggal baru boleh makan sedap-sedap balik okay? Bukan apa, takut nanti bernanah balik kan makin lame kan berpantang tu. Hehehe. 

Sampai sini je lah. Thankyou gais! :*



8 comments:

  1. Kecik2 dh kena chickenpox lgi baik dirpda dh besaq.Sya x kna lagi..ehek..mntk di jauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar. Kena kecik takper. Bila besar kulit pom dah matang jadi susah lah sikit :)

      Delete
  2. when cikyah give an advices. haha! glad to hear that you already cure from your cikenlittelpox. see you soon my little petite roomates, miss u :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. nurul la yang selalu sapu ubat. Hahaha. See you soon baby, miss you so much more :')

      Delete
  3. tak ingat bila last kena chicken pox.tapi seram oo

    ReplyDelete
  4. zyra kena time kecik kecik.. so tak ingat mcm mana bentuk ciken ciken tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Bentuk dia macam butir2 air gitu. Pedih tau kalau pecah. :(

      Delete

Drop your words below . Thank you tau :)