Wednesday, September 17, 2014

Pernah ?


Assalamualaikum.


Pernah tak ?
Kau maafkan sesorang tu, dan kau berharap yang orang tu takkan ulang kesilapan yang same balik, tapi orang tu tetap buat hal yang same. Mesti kau sakit hati sangat kan? Sama la macam aku. Orang tu buat, lepastu mintak maaf. Then, buat lagi, best jugak kan game " buat dan maaf " ni. Tapi, ni lah dunia kan, ni lah kehidupan? Takkan selalu berada kat atas, kekadang kita kena jugak duduk bawah. Sekurang-kurangnya kita belajar. Ye dak ? 


Pernah tak ?
Orang yang kau tak kenal, bahkan tak pernah cakap pun membenci kau dalam diam ? Aku pernah. Main cakap-cakap belakang, sindir-sindir. Sampai satu tahap, aku dah terbiasa dah. Jadi, aku biarkan je lah. Senang citer macam ni lah, cuba imagine "seorang pelawak sedang buat lawak, tapi orang tak ketawa ?? " . Agaknye, apa yang dia rasa ? Mesti dia rasa bodoh kan ? . Jadi, sebab tu la aku biarkan je orang nak sindir aku ke, nak kutuk, nak judge macam-macam. Terserah la. Yang penting aku still boleh bernafas dikelilingi orang yang aku sayang.


Pernah tak ?
Orang sengaja buat kau marah-marah, buat kau merajuk tahap ultraman taro tengah nak marah sebab raksasa pukul dia kat dahi ? Haha. Aku pernah, dia buat aku marah-marah, cari silap aku sampai gaduh, tak sampai lagi tahap nak bertumbuk sebab aku tengah menjalani proses membina muscle, nanti baru ada fight ! Haha. Tapi sebenarnye dia nak buat suprise, jadi kena buat macam tu la. Hahaha . Sweet kan orang tu? ( MF ). Haha



Okay dah habis idea. Penulisan yang tak berapa nak bagus, dah lama tak update jadi kabur sikit la. Hahaha.Semua ayat yang "pernah tak" ni aku lalui atas dunia ni, banyak yang aku belajar. Tapi aku bukan yang jenis suka simpan dendam ke, benci-benci, marah-marah. Kalau aku maafkan tu, bermakna aku maafkan la "kosong-kosong". Kalau yang negatif tu, cuba kita scan-scan sikit, cari-cari sikit, mesti ada terselit yang positif .Setakat ni je la aku mampu taip. 



Footnote : Tadi kan aku pergi timbang body weight, BMI 23.1, tak normal tapi sebaliknya. Hahaha Ehh jap, esok aku dah start cuti study week. Haha. Saje nak bagitahu. Kbaii dearies !




1 comment:

  1. haiii, apa khabarnya sihat kan? sudah lama tidak berkunjung ke mari, salam sihat selalu

    ReplyDelete

Drop your words below . Thank you tau :)