Wednesday, November 9, 2016

Blouse Murah Muslimah

Assalamualaikum and hi gais :)

Sebagai seorang perempuan atau wanita berhijab menjaga penampilan diri adalah sangat penting bagi kita kan ? Macam yang kita boleh tengok sekarang bermacam-macam pilihan baju, seluar dan banyak lagi la untuk wanita bertudung. So entry kali ni dayah nak bagitau kat mane korang boleh dapatkan blouse, dress, kaftan,jubah, baju kurung moden dan peplum yang cecantik, up-to-date dan affordable.


Berbanding dahulu, kini semakin mudah untuk mendapatkan baju Muslimah dalam pasaran bagi wanita yang memakai hijab ataupun tudung. Semakin banyak pilihan yang boleh dibuat dengan perkembangan fesyen Muslimah terkini ini. Malah banyak koleksi pakaian Muslimah yang diperkenalkan saban tahun oleh para pereka fesyen tempatan yang bersungguh-sungguh memberikan hasil terbaik dress Muslimah agar lebih popular bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah ke pentas fesyen global.

Jika anda amati dengan betul kehadiran koleksi pakaian tradisional dengan sentuhan yang lebih moden juga boleh didapati dengan cukup senang sekarang. Pakaian tradisional dengan rekaan moden kelihatan lebih stylish dan sesuai untuk digayakan mengikut arus trend fesyen wanita terkini. Kini antara pakaian Muslimah yang paling disukai adalah seperti koleksi blouse murah Muslimah, baju kurung moden, kaftan, jubah moden, baju peplum kurung dan skirt labuh atau maxi skirt.



Antara yang sering menjadi kegemaran hijabista adalah baju blouse Muslimah. Ianya sering menerima permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran sepanjang tahun tidak mengira musim. Ianya juga boleh didapati dengan cukup mudah hampir di mana-mana kedai pakaian pun sehinggalah ke butik-butik terkemuka dan terkenal. 



Menggayakan blouse Muslimah moden sebenarnya sangat mudah kerana apa yang anda perlukan adalah pengetahuan yang betul bagaimana atau cara-cara menggayakannya dengan sebaik-baiknya. Anda harus tahu apakah yang sesuai untuk dipadankan dengannya serta aksesori apakah yang boleh dikenakan dan jenis kasut yang boleh dipakai. Padanan Muslimah bottom yang paling sesuai sudah semestinya skirt labuh namun jika anda mahu mendapatkan gaya yang lebih chic apa kata match dengan jeans. Sempurnakan keseluruhan penampilan itu dengan fesyen tudung terkini yang sesuai ataupun shawl, serta sepasang kasut tumit tinggi atau wedges wanita.

So korang boleh la melaram pakai baju lelawa, nak pergi kenduri ke, raya,dinner, convocation atau nak attend event-event penting ke. Boleh cari kat website Zalora.  Selain harganya yang berpatutan, Zalora juga menyedia services yang sangat bagus. 

 Thank you :)

5 comments:

  1. sekarang ni dah ramai sangat org jual blouse murah2 kan dear.. cuma nak padankan tu je perlu ada kemahiran.. kdg2 akak pun xtau juga nak suai padan ni hahaha...

    ReplyDelete
  2. Akak Minah Kiwi ni tak berapa suka online ni bukan apa takut apa yang di order lain yg dapat...yang penting kepuasan diri bila kita try blouse tu kat fitting room.. baru best nak beli kan

    ReplyDelete
  3. zalora..lazada cuma dihujung jari..tak perlu kena panas..berhimpit2 kat shopping mall kan

    ReplyDelete
  4. cantik blouse2 tu. lg2 kuning tu :)

    ReplyDelete

Drop your words below . Thank you tau :)